Sunday 20 November 2011

UKURAN PANJANG


Ukuran panjang memainkan peranan dalam kehidupan harian kita. Sebagai murid kita perlu tahu bagaimana untuk mengukur panjang sesuatu benda dan berapakah ukurannya.Kali ini kita akan belajar tentang ukuran.

Murid-murid perlu mengetahui unit ukuran. Apakah nama-nama ukuran tersebut. Berikut adalah antara unit ukuran yang perlu dipelajar iaitu milimeter, sentimeter, meter dan kilometer.

Milimeter
  • Unit milimeter  lazimnya digunakan untuk mengukur panjang yang sangat kecil. Sebagai contoh, tebal sekeping duit syiling.
  • Simbol yang digunakan ialah mm
  • Alat untuk mengukur unit milimeter ialah pembaris.
Kilometer
  • Unit kilometer biasanya digunakan untuk mengukur jarak sesuatu benda atau tempat.
  • Simbol yang digunakan ialah km.
  • Alat yang digunakan untuk mengukur unit kilometer ialah pita ukur.

Unit Ukuran Panjang
Unit ukuran panjang yang digunakan adalah seperti berikut:
    •  1 km = 1000 m
    •    1 m = 100 cm
    •  1 cm = 10 mm

      Thursday 17 November 2011

      MENUKAR UNIT UKURAN

      Tahukah anda sesuatu unit ukuran panjang boleh ditukarkan? Cara menukar unit ukuran panjang boleh dilihat melalui gambarajah berikut :


      Cara lain untuk menukar unit panjang.
      • Lakukan operasi darab apabila menukar unit ukuran besar kepada unit ukuran kecil. Sebagai contoh :
                Tukarkan 5 cm kepada mm
                      1 cm = 10 mm
                      5 cm = 5 x 10 mm
                              = 50 mm
      •  Lakukan operasi bahagi apabila menukar unit ukuran kecil kepada unit ukuran besar. Conto
                Tukarkan 3 m 60 cm kepada m.
                      100 cm   =  1 m
                        60 cm   =  60 ÷ 100 = 0.6m
                    3 m 60 cm = 3 m + 0.6 m 
                                     = 3.6 m

      Wednesday 16 November 2011

      Latihan 1

      Murid-murid digalakkan untuk menjawab semua soalan yang diberi. Anda diminta cetak latihan ini, kemudian tampalkan dalam buku latihan masing-masing. Selamat mencuba.

      1. 35 mm    =   ____________  cm  __________mm.
      2. 10 cm  = ___________ mm.
      3. Panjang sebatang penyapu ialah 2 m 7 cm. Cari panjang penyapu dalam cm.
      4. 70 888 m  =   _____________ km
      5. 6 m 3 cm x 7 = _____________m

      Monday 14 November 2011

      Mari Belajar Matematik

      Hi, apa khabar semua? Laman blog ini dibina khas untuk belajar matematik bagi murid-murid sekolah rendah. Selamat Belajar untuk semua.